Resepi Simple Dan Mesti Jadi #6: Chive Kimchi / Buchu-kimchi / Kimchi kucai

11:41 am

Assalamualaikum...

15 Februari 2017

Minat makan kimchi? Atau suka makan makanan orang Korea? Jangan tanya aku sebab aku memang hantu makanan korea. Tapi, dalam banyak-banyak yang aku minat makanan orang Korea ni, tak lain dah tak bukan adalah KIMCHI.

Selalu kalau pegi makan dekat kedai, kimchi dia selalu bagi sikit je. Memang tak puas untuk aku yang bernafsu kimchi ni. Hahaha. Selalu terpaksa mencedok dari pinggan Mudme sebab dia memang tak suka makan kimchi apatah lagi benda-benda masam ni.

Jadi, bila dah tak cukup, aku pon mengambil keputusan belajar buat sendiri kimchi ni. Mula-mula rasa macam susah je nak buat kimchi ni. Macam remeh je nak buat kimchi ni. Tapi bila dah buat sendiri, oooo baru I tau yang sebenarnya senang jugak buat kimchi ni.

Semalam, aku bertungkus lumus buat kimchi. Disebabkan semangat yang tinggi datang tiba-tiba serta saka teringin kimchi datang, aku pon telah merajinkan diri untuk buat kimchi. Bukan 1, tapi 3 kimchi ok. Fuhhh... semangat Cik Ja kau ni ha.

So tanpa membuang lebih banyak masa lagi, Marilah aku share kan dengan korang resepi salah satu kimchi yang aku dah buat ni ha. Aku tak sempat nak ambik semua gambar satu-satu, sebab semalam Mudme demam. Dia tidor aje. So aku hanya sempat ambil gambar selepas siap je. Tapi aku bagi details pada korang cara nak buat ye. Mari tengok resepi dekat bawah,

Chive Kimchi / Buchu-kimchi / Kimchi Kucai

Chive Kimchi (Buchu-kimchi)
Bahan-bahan:
250g Daun Kucai
1/3 Sos Ikan
1 Sudu Kecil Tepung Gandum
1/2 Cawan Air Putih
1 Sudu Kecil Gula Putih
1/3 Pepper Flakes
1/2 Biji Bawang Besar
1 Sudu Besar Bijan Bakar
Balang / Bekas Kedap Udara

Cara-caranya:
1. Basuh daun kucai bersih-bersih. Kalau boleh basuh sebanyak 3 kali untuk memastikan kebersihannya. Bahagian batang kucai diberi penekanan, sebab banyak pasir-pasir halus. Basuh sehingga air menjadi bersih tiada lagi kotoran di daun kucai. Kemudia toskan daun kucai. Dan potongkan daun kucai kepada bite size. Lebih kurang 2 inchi. Masukkan daun kucai yang sudah dipotong kedalam bekas yang bersih.

2. Tuangkan sos ikan ke dalam daun kucai dan gunakan tangan untuk  meratakan. Daun kucai harus diterbalikan setiap 5 minit untuk memastikan sos ikan bercampur dengan semua daun kucai yang telah dipotong tadi. Ulang sebanyak 5 kali setiap 5 minit.

3. Sementara itu, di dalam periuk kecil, masukkan tepung gandum tadi bersama dengan air putih, dan kacaukan bagi sebati. Selepas itu, panaskan di atas dapur dengan mengunakan api sederhana. Kacau dalam beberapa minit sehingga tepung berubah agak pekat dan sedikit menggelegak. Dan masukkan 1 sudu kecil gula putih. Kacau sehingga sebati, dan matikan api. Ketepikan 3o minit sehingga betul-betul sejuk.

4. Asingkan daun kucai ke dalam bekas tapis dan tinggalkan lebihan sos ikan yang berada dalam bekas kucai tadi. Dan masukkan bancuhan tepung, pepper flakes dan bawang besar ke dalam lebihan sos ikan. Kacau sebati.

5. Masukkan daun kucai ke dalam bancuhan dan kacau sebati daun kucai bersama bancuhan. Jangan kacau daun kucai dengan kuat kerana ia akan mengakibatkan daun lebam. Gaul secara perlahan-lahan sahaja sehingga semua sebati. Dan akhir sekali taburkan bijan bakar ke dalam daun kucai yang telah di gaul rata.

6. Masukkan kimchi kucai tadi ke dalam bekas kedap udara atau pon balang kedap udara. Ketika memasukkan kimchi ke dalam balang atau bekas kedap udara, pastikan anda menekan kimchi supaya tiada ruang udara. Ini untuk memastikan kimchi anda boleh melalui proses penapaian (fermented) yang baik.

7. Kimchi boleh juga terus di makan ataupun dimasukkan ke dalam peti ais. Jika anda inginkan kimchi kucai anda berasa masam, letakkan kimchi kucai anda di luar peti ais dalam suhu bilik untuk beberapa hari. Anda akan dapat lihat dan rasa hasilnya sedikit masam. Tapi, makan selepas siap juga sedap. Selamat mencuba.

Boleh refer kepada link di bawah kalau teringin nak bagi air liur korang kecor. Hahaha. Ok byeee!

Chive Kimchi / Buchu-kimchi / Kimchi kucai

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook